Powered By Blogger

Thursday, December 14, 2006

PRODUK KAMI

Sepanjang penglibatan kami dalam industri pembuatan sos cili, kami telah mengeluarkan dan memasarkan beberapa produk yang telah mendapat perhatian ramai. Antaranya ialah:


 sos cili 
*sos cili yang telah kami pasarkan terdapat dalam beberapa saiz pembungkusan iaitu 125ml, 3kg, 5kg dan 20 kg pada harga yang berbeza.



kicap manis
*kicap manis ini dibungkus dengan berat 290g pada harga serendah RM2.50



cuka makan
*Sri Panching turut mengeluarkan cuka makan dengan berat 290g setiap botol pada harga RM1.30


Perniagaan Sri Panching sangat optimis dengan pengeluaran produk kami dan memandang serius terhadap kualiti setiap botol produk yang terhasil. 







Saturday, June 3, 2006

PERNIAGAAN SRI PANCHING









Perniagaan Sri Pancing sedang berusaha mengembangkan perniagaan dalam industri pembuatan sos cili berasaskan cili padi pedas.

Kepakaran kami dalam pembuatan cili sos di bawah jenama 'Sri Panching' sejak tahun 1990 membuatkan kami memiliki rangkaian pengedaran dan pelanggan tetap yang berpuas hati dengan produk keluaran kami. 

OBJEKTIF
1. Untuk mencapai tahap kualiti yang tunggu disamping pengeluaran yang tinggi.
2. Untuk memasarkan sos cili pedas keluar negara dan rakyat Malaysia yang berada di luar negara.
3. Untuk menyediakan peluang perniagaan kepada masyarakat tempatan.
4. Untuk menyahut seruan 'fardhu kifayah' menghasilkan sos cili pedas yang setanding dengan produk import
    terkemuka seperti Tabasco ( non-halal ). 


MISI
Untuk menjadi pelopor utama pembuat sos cili padi pedas sebagai juadah pembuka selera setiap meja makan rakyat Malaysia; yang diproses bersih dari bahan tempatan; cepat disediakan dan halal. Kami komited terhadap kualiti produk keluaran kami dan menghargai pelanggan kami.