Powered By Blogger

Friday, August 3, 2012

RURAL BUSINESS CHALLENGE

Baru-baru ni, Sri Panching telah menyertai satu pertandingan iaitu Rural Business Challenge (RBC). RBC merupakan satu pertandingan pelan perniagaan yang memberi ruang kepada belia di Malaysia khususnya penduduk luar bandar untuk merealisasikan idea-idea bernas dan diterjemahkan kepada satu perniagaan yang berdaya maju. Pertandingan ini dikendalikan di bawah program Transformasi Belia Desa yang dikelola oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Kami di Sri Panching memandang positif terhadap pertandingan ini. Lebih menarik lagi, hadiah yang ditawarkan dalam pertandingan ini ialah geran perniagaan dari RM500k sehingga RM2 juta!







Okey, seperti biasa dalam setiap pertandingan pasti ada syarat-syarat penyertaan yang mesti dipenuhi oleh setiap peserta. Antara syarat-syarat umum penyertaan ialah:
  • terbuka kepada semua belia warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 40 tahun.
  • penyertaan daripada   -individu; berkumpulan; atau Syarikat Enterprise(tunggal/perkongsian) dan Syarikat Sdn. Bhd.
  • mengemukan dua (2) set dokumen yang mengandungi borang penyertaan dan rancangan ata pelan perniagaan mengikut format yang telah ditetapkan.
  • hanya rancangan perniagaan yang lengkap sahaja akan dinilai.
  • semua keputusan pertandingan adalah muktamad. 
Alhamdulillah, Sri Panching telah menyertai pertandingan ini yang diadakan dengan jayanya. Tahniah untuk semua peserta yang turut bertanding. :-)