Powered By Blogger

Tuesday, October 23, 2012

SRI PANCHING DALAM INDUSTRI

Sepanjang penubuhan Perniagaan Sri Panching, kami telah mengikuti pelbagai aktiviti promosi yang mampu membawa produk kami memperluaskan pasaran. Banyak persaingan yang kami kira, cukup hebat untuk terus berada dalam industri. Namun, bak kata pepatah melayu, patah sayap bertongkat paruh. Haaa...maksudnya, pantang menyerah sebelum kalah. Antara aktiviti yang telah kami ikuti ialah:


#1 - Halfest Malaysia
Halfest Malaysia merupakan ekspo halal terbesar yang pernah diadakan di Malaysia dan kami telah mengikutinya pada tahun ini. Karnival ini telah dianjurkan oleh Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) pada 10-14 Oktober 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Terdapat banyak gerai yang menawarkan produk mereka yang diyakini HALAL. 



#2 - Jelajah Niaga!
Antara penglibatan lain ialah penyertaan Jelajah Niaga! yang juga dikenali sebagai Karnival Usahawan SME Bank pada tahun 2012. 



#3 - Showcase Satu Daerah Satu Industri

Showcase SDSI merupakan salah satu aktiviti menarik dalam industri pembuatan makanan kerana ia mengetengahkan produk tempatan yang telah dihasilkan oleh bumiputera sendiri. Ia merupakan salah satu usaha kerajaan untuk memajukan industri pembuatan makanan di setiap daerah di Malaysia. 


Syukur Alhamdulillah, dengan adanya perlaksanaan program dan karnival yang dijalankan di seluruh Malaysia, kami di Sri Panching mampu membuka mata pengguna tempatan untuk mencuba produk kami dan testimonial pelanggan menunjukkan respon yang positif dalam perkembangan perniagaan kami. 

Friday, August 3, 2012

RURAL BUSINESS CHALLENGE

Baru-baru ni, Sri Panching telah menyertai satu pertandingan iaitu Rural Business Challenge (RBC). RBC merupakan satu pertandingan pelan perniagaan yang memberi ruang kepada belia di Malaysia khususnya penduduk luar bandar untuk merealisasikan idea-idea bernas dan diterjemahkan kepada satu perniagaan yang berdaya maju. Pertandingan ini dikendalikan di bawah program Transformasi Belia Desa yang dikelola oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Kami di Sri Panching memandang positif terhadap pertandingan ini. Lebih menarik lagi, hadiah yang ditawarkan dalam pertandingan ini ialah geran perniagaan dari RM500k sehingga RM2 juta!







Okey, seperti biasa dalam setiap pertandingan pasti ada syarat-syarat penyertaan yang mesti dipenuhi oleh setiap peserta. Antara syarat-syarat umum penyertaan ialah:
  • terbuka kepada semua belia warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 40 tahun.
  • penyertaan daripada   -individu; berkumpulan; atau Syarikat Enterprise(tunggal/perkongsian) dan Syarikat Sdn. Bhd.
  • mengemukan dua (2) set dokumen yang mengandungi borang penyertaan dan rancangan ata pelan perniagaan mengikut format yang telah ditetapkan.
  • hanya rancangan perniagaan yang lengkap sahaja akan dinilai.
  • semua keputusan pertandingan adalah muktamad. 
Alhamdulillah, Sri Panching telah menyertai pertandingan ini yang diadakan dengan jayanya. Tahniah untuk semua peserta yang turut bertanding. :-)